Walaupun
pelaksanaan KSSR masih baru, guru-guru haruslah berusaha dengan lebih gigih
agar segala yang dihasratkan dapat direalisasikan. Peneguhan dalam pembasmian
buta huruf masih lagi menjadi agenda utama kerajaan. Kemahiran 3M iaitu
membaca, menulis serta mengira diteruskan lagi dalam KSSR dan ditambah lagi
dengan satu lagi M iaitu menaakul. Perkembangan kurikulum di negara ini dapat
dilihat semakin pesat mengalami perubahan, bermula dengan pembelajaran secara
ikut-ikutan atau tradisional sehinggalah pembelajaran bercorak aktif serta
setanding dengan negara-negara maju yang lain. Pembelajaran aktif dan
menyeronokkan ini tidak lagi berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, para
pelajar tidak lagi merasa terbeban. Guru-guru juga bebas untuk menguji serta
menganalisa pencapaian murid-muridnya.
Pentaksiran
berasaskan sekolah ini memberi kebebasan kepada guru-guru serta sekolah untuk
memilih kandungan ujian yang dilihat menghapuskan sistem peperiksaan sedikit
demi sedikit. Murid-murid juga bebas untuk memberikan pendapat masing-masing dan
mereka juga sentiasa digalakkan untuk mengambil peranan yang aktif dalam setiap
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
No comments:
Post a Comment