Pelajar Pasca Siswazah

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
(Dari Kanan) Abdul Kalamudinsah Abd Karim, Rusmiza Rusle, Noraini Mohd Sohaimi, Nurul Aziyan Abd Aziz

Wednesday, May 30, 2012

Ekuiti

Ekuiti


Artikel ini ditulis oleh Wahyu Idris dan Yahya Buntat berdasarkan kepada penggunaan aplikasi e-learning dalam pengajaran dan pembeljaran di sekolah. E – learning boleh didefinisikan kepada sebarang pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN,WAN atau internet) untuk menyampaian isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Contoh media eletronik ialah Internet, Intranet, satelit, tape audio/ video, TV interaktif dan CD ROM. Di Malaysia perkembangan e-Learning yang masih baru berbanding dengan Singapura.
            Kementerian Pendidikan Malaysia dan sektor swasta seperti MIMOS dan Kumpulan Utusan bertanggungjawab untuk menjayakan agenda ‘e-learning’ kebangsaan. Melalui e-Learning proses pembelajaran pelajar lebih selesa, fleksibel dan kurang tekanan. penulis menyatakan mengapa e-Learning perlu dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia.Antara masalah dan cabaran yang perlu dilalui dalam perlaksanaan e-Learning di sekolah-solah di Malaysia ialah akses dan kos pengendalian, kekurangan bahan pengajaran dan pembelajaran, kos bahan  dan infrastruktur serta latihan tenaga pengajar adalah antara kekangan yang terpaksa dihadapi dalam memastikan perlaksanaan e-learning di sekolah-sekolah.
Penulis juga membuat perbandingan diantara pembelajaran menggunakan e-learning dan kaedah tradisional. Penulis juga menyatakan beberapa strategi yang boleh dirujuk untuk membolehkan e-learning dilaksanakan di sekolah-sekolah. Penulis juga mengemukakan beberapa cadangan bagi membantu dalam usaha melaksanakan e-learning di sekolah-sekolah.
Dapatan daripada artikel ini saya dapati bahawa artikel ini menerangkan kepentingan e-learning dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Malaysia seharusnya tidak ketinggalan dalam mengaplikasikan e-learning bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan mudah difahami oleh murid serta penggunaan (ICT) dapat ditingkatkan.Ekuiti

Kanak - kanak berkeperluan khas


DEFINISI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Seseorang kanak-kanak itu dikatakan berkeperluan khas apabila memerlukan perhatian dan penjagaan yang berbeza berbanding dengan kanak-kanak normal dari pelbagai aspek. Ciri-ciri mental, keupayaan deria atau sensori, berkomunikasi, tingkah-laku sosial dan fizikal kanak-kanak khas ini berbeza dan memerlukan modifikasi atau perubahan dalam aktiviti-aktiviti sekolah ataupun perkhidmatan pendidikan khas.  Hal ini bertujuan untuk mengembangkan potensi diri kanak-kanak khas ke tahap yang optimum dan supaya mereka tidak tertinggal ke belakang kanak-kanak normal.
Terdapat pelbagai definisi mengenai kanak-kanak berkeperluan khas menurut ahli-ahli akademik. Antaranya, Pensyarah di Unit Asas Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Samsilah Roslan mengelaskan kanak-kanak berkeperluan khas ini adalah golongan yang memerlukan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berbeza daripada murid biasa. Menurut laporan beliau di dalam Maklumat Pendidikan Khas (2003), murid berkeperluan khas terbahagi kepada murid bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan bermasalah pembelajaran.
Menurut Prof Richard Gargiulo, seorang pensyarah kanak-kanak berkeperluan khas dari University of Alabama kanak-kanak berkeperluan khas dapat ditafsirkan sebagai ;
‘Individuals who differ from societal or community standards of normalcy. These differences may be due to significant physical, sensory, kognitif, or behavioral characteristics. Many of these children may require educational programs customized to their unique needs.’

KLASIFIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Gargiulo juga turut  mengklasifikasikan jenis kanak-kanak berkeperluan khas.            Daripada lima jenis masalah yang diklasifikasikan di atas,  masalah-masalah sampingan, pakar-pakar yang diperlukan serta pelan tindakan bagaimana untuk membantu mendidik  kanak-kanak bermasalah pendengaran dan kanak-kanak bermasalah penglihatan akan dikupas dengan lebih lanjut.

Kanak - kanak bermasalah pendengaran


KANAK-KANAK BERMASALAH PENDENGARAN
Pendengaran merupakan medium yang sangat penting bagi menyalurkan input dan informasi kepada manusia. Pendengaran jugalah yang memungkinkan manusia menerima dan menyerap ilmu sebelum diproses oleh minda. Walaupun masih terdapat deria dan pancaindera lain seperti bau, sentuhan dan lain-lain, namun deria pendengaran lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kegagalan deria pendengaran untuk berfungsi dengan sempurna membawa kepada masalah berkomunikasi yang sekaligus menjejaskan kualiti kehidupan sosial dan peribadi. Walaupun masalah pendengaran ini merupakan ancaman kepada kehidupan yang bermutu, namun kebanyakan kanak-kanak yang bermasalah pendengaran ini sering dianggap normal dan tidak ketara berbanding dengan mereka yang mengalami masalah terencat akal.  Hal ini tidak benar sama sekali. Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran ini sebenarnya merasa terasing daripada komuniti berikutan kegagalan mereka untuk berkomunikasi dengan sempurna.
Menurut penulis terkenal Amerika, Helen Keller yang juga merupakan seorang buta dan pekak dalam buku autobiografinya ada menyatakan ‘Blindness separates us from things, but deafness separates us from people’. Jika diberi pilihan untuk menjadi buta atau pekak, beliau rela untuk menjadi seorang yang buta kerana dengan hilangnya deria pendengaran menjadikan seseorang itu sangat terasing dan tiada manusia sepatutnya merasa terasing di dunia ini.
Masalah pendengaran ini boleh berpunca dari pelbagai sebab sama ada sebelum kelahiran, semasa kelahiran dan selepas kelahiran. Antara punca-punca yang membawa kepada masalah pendengaran ialah jangkitan telinga yang kronik, faktor keturunan, kecacatan kongenital, sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan dadah ototoksik, jangkitan virus atau bakteria dan juga proses penuaan dan tumor.
Untuk mendengar, kesemua bahagian telinga iaitu telinga luar, tengah dan dalam haruslah boleh berfungsi secara normal tanpa sebarang jangkitan atau abnormaliti. Sebarang gangguan di mana-mana bahagian akan menyebabkan individu berkenaan menghadapi masalah pendengaran dan kesan masalah ini bergantung kepada tahap keterukan masing-masing.

MASALAH-MASALAH SAMPINGAN
Kanak-kanak yang bermasalah pendengaran ini dapat dikenalpasti mengalami masalah berikut. Mereka kelihatan  kurang memberi perhatian dalam kelas, selalu berkhayal, buitr-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal, kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang, duduk terlalu dekat dengan radio atau televisyen, tidak memahami dan mengikut arahan yang diberi, tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan kemahiran bertutur serta sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan.
            Secara asasnya masalah pendengaran ini membawa kepada kesan-kesan sampingan yang lain iaitu terhadap penguasaan bahasa dan komunikasi, pertuturan, sosial dan emosi, dan sekaligus menjejaskan pencapaian akademik. Gangguan dalam komunikasi berlaku apabila percakapan menggunakan dan mencantumkan huruf-huruf menjadi perkataan dan huruf-huruf ini dibahagikan kepada kumpulan huruf yang utama iaitu vowel dan konsonan. Penyebutan huruf konsonan menggunakan frekuensi bunyi yang melebihi 1500 Hz.
Kegagalan untuk  mendengar vowel dan konsonan menjadikan seseorang itu pekak dan sukar untuk mendengar bunyi dan apatah lagi untuk memahami apa yang dituturkan oleh orang lain. Oleh itu kanak-kanak yang bermasalah pendengaran akan mengalami masalah bahasa reseptif dan ekspresif serta turut bermasalah dari segi penyusunan struktur ayat. Kanak-kanak ini dikenalpasti menggunakan susunan subjek dan predikat yang terbalik, istilah yang tergantung, perbendaharaan kata yang tidak meluas, dan melakukan kesalahan tatabahasa yang jelas.
Kanak-kanak ini juga mengalami kelewatan dari segi kemahiran membaca dan menulis disebabkan oleh kesukaran mendiskriminasi bunyi, sukar untuk mengikut arahan dan memahami perkataan, tidak dapat ikut pelajaran secara lisan, tidak menguasai nama dan bunyi huruf serta tidak dapat mengadunkan bunyi menjadi perkataan.
Dari segi pertuturan, kanak-kanak yang bermasalah pendengaran akan meniru gerak bibir orang sekeliling. Mereka juga berhadapan dengan masalah dari segi sebutan, gagap, suara dan masalah bahasa serta cenderung untuk bercakap dengan nada yang tinggi disebabkan oleh perubahan struktur pertuturan  di mana suara gagal membentuk getaran.
Kesan sampingan masalah pendengaran juga menjejaskan kehidupan sosial dan emosi. Kanak-kanak ini menunjukkan tingkah laku yang pasif berbanding dengan rakan mereka yang normal dan lebih selesa berinteraksi dengan rakan mereka  yang mengalami masalah sama. Oleh itu, adalah sukar untuk menyesuaikan diri dalam suasana baru. Ini membawa kepada konsep kendiri yang negatif dan mengakibatkan kurangnya keyakinan diri serta malu dengan ketidakupayaan yang dimiliki. Seterusnya, menganggap diri  tidak pandai dan menyebabkan gagal untuk menonjolkan kekuatan yang ada pada diri sendiri dan mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada masyarakat.
Kesan komunikasi yang negatif, masalah pertuturan dan emosi yang tidak stabil ini memberikan kesan yang lebih teruk terhadap pencapaian akademik mereka kerana mereka tidak dapat  menyatakan sesuatu dengan baik dan berkesan sama ada melalui bahasa lisan  atau tulisan. Oleh itu, mereka akan ketinggalan dari segi penguasaan bahasa dan sukar untuk memahami sesuatu bersifat abstrak.

Latihan Perguruan untuk guru pada masa hadapan

Sunday, May 20, 2012

Budaya sekolah



Terdapat 3 syarat untuk membina budaya sekolah yang positif.
1.    Sekolah perlu membina langkah-langkah kejayaan dan pembaikan yang melebihi skor ujian. Sekolah mesti bertanggungjawab kepada standard yang ditetapkan supaya tiada seorang muridpun tertinggal di belakang. Secara tidak langsung, jurang pencapaian murid dapat dikurangkan. Namun begitu, skor ujian bukanlah satu-satunya penentu kejayaan. Mereka juga perlu berjaya dalam perkara lain yang melibatkan sosial sivik dan emosi.
2.    Guru seharusnya mempunyai pemahaman yang menyeluruh tentang budaya sekolah. Perlu wujudkan rangka kerja yang menerangkan persekitaran sekolah yang selamat, beretika, cabaran yang wujud dan ancaman yang boleh berlaku. Garis panduan juga boleh memberi tumpuan kepada iklim sosial yang selamat dan penyayang dan bukan hanya iklim yang menitikberatkan intelektual semata-mata.
3.    Sekolah memerlukan alat untuk membangun dan membina nilai budaya sekolah mereka sendiri. Alat-alat ini boleh diakses secara meluas dalam laman web pendidikan.
Budaya sekolah yang positif perlu mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:
·         Iklim sosial yang selamat di mana murid mempunyai rasa pemilikan.
·         Iklim intelek yang mencabar.
·         Peraturan sekolah yang standard.
·         Tradisi dan rutin yang terbina dari nilai-nilai yang baik.
·         Struktur yang memberikan guru dan pelajar tanggungjawab bersama
·         Bekerjasama dengan ibu bapa
·         Mempunyai budaya kecemerlangan.