Elemen
keusahawanan menekankan tentang pemupukan budaya keusahawanan secara merentas
kurikulum adalah untuk mewujudkan satu kurikulum yang relevan serta seiring dengan
kehendak serta keperluan semasa dan juga bagi bersedia menghadapi cabaran masa
depan. Ia juga dapat membentuk generasi yang mempunyai wawasan dan mempunyai asas yang kukuh dari segi
pengetahuan, kemahiran berfikir, berkomunikasi, kreatif, inovatif, positif
serta mempunyai nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.
Kreativiti
merujuk kepada kemahiran mencipta sesuatu yang baru atau asli serta mampu untuk
membuat inovasi. Guru-guru disarankan untuk mengaplikasikan Model Proses
Kreatif Terarah dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membangunkan sifat
kreativiti di kalangan murid-murid. Ada empat fasa atau langkah yang perlu
diikuti bagi membentuk proses pengajaran dalam elemen ini iaitu fasa
persediaan, fasa imaginasi, fasa perkembangan dan juga fasa tindakan.
Elemen
teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sangat berkait rapat dengan kehidupan
murid pada zaman ini. Maka pemupukan elemen ini dapat mengelakkan murid-murid
dari ketinggalan dalam arus kemodenan dunia. Matlamat TMK merentas kurikulum
adalah bagi memastikan murid dapat mengaplikasikan, mengukuhkan pengetahuan dan
kemahiran asas TMK yang dipelajari,
menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik serta
menyeronokkan dan juga menjana pemikiran yang kritis dan kreatif, berinovasi
dan juga dapat meningkatkan kualiti pembelajaran. Namun begitu, terdapat
kekangan yang menjadi halangan daripada guru-guru dapat menggunakan
peralatan-peralatan ICT di sekolah. Kebanyakan sekolah mempunyai
perlatan-peralatan yang lama dan lapuk. Oleh itu, pihak berwajib perlulah
memastikan peralatan-peralatan tersebut dapat ditukar sepenuhnya bagi
mengoptimumkan pencapaian yang diharapkan.
No comments:
Post a Comment