Sebagai kakitangan kerajaan, setiap anggota berorientasikan pelanggan. Guru pelanggannya yang utama ialah murid dan ibu apa, polis dan bomba pelanggannya orang awam, doktor pelanggannya pesakit dan banyak lagi. Dalam aspek berorientasikan pelanggan, bermaksud kepuasan pelanggan dalam perkhidmatan yang disampaikan. Bagi seorang guru, kepuasan bagi murid apabila mengasai sesuatu yang seharusnya dipelajari di sekolah. Seperti menguasai matapelajaran, mempunyai pengalaman, pergaulan yang terarah dan pengurusan.
Di bawah berorientasikan pelanggan, sikap responsif perlu ada dalam diri guru dan murid. Guru perlu bertindak dengan cepat dan segera dalam melaksanakan tugas yang diberikan. Sebagai contoh, selepas peperiksaan, kertas ujian perlu disemak awal dan dimasukkan markah tersebut untuk dibuat penilaian. Selesai pemarkahan inilah guru boleh merangka semula langkah penambahbaikkan atau pemulihan bagi satu-satu matapelajaran yang diajar untuk meningkatkan kualiti murid dan kuantiti murid yang mencapai aras yang telah ditetapkan. Sikap responsif ini perlu diterapkan dalam diri murid-murid supaya mereka dapat menambahbaikkan diri secara kendiri. Dalam pelaksanaan tugas murid-murid dapat segera mencari maklumat tanpa berlengah, segera bertindak melaksanakan tugasan yang diberi. Ini mampu mengelakkan mereka tercicir dalam menguasai satu-satu topik.
Sikap proaktif juga perlu wujud dalam diri guru. Guru yang proaktif akan sentiasa berjaga-jaga terhadap segala kemungkinan yang bakal terjadi berlandaskan profesion. Guru perlu menyediakan perancangan yang rapi bagi menghindari sebarang halangan dalam setiap tindakan dan tugas yang dilakukan. Sebagai contoh, guru mata pelajaran yang menghadapi masalah murid yang tidak hantar kerja sekolah. Guru perlu menasihati dan merekodkan murid tersebut. Selepas beberapa kali murid tersebut mengulangi kesalahan yang sama, rujukkan murid tersebut kepada guru disiplin seterusnya kepada pentadbiran. Guru perlu bersiap sedia terhadap kemungkinan ibubapa menyalahkan guru tidak mengajar dan perlu menyatakan sebab keputusan tersebut merosot di dalam mesyuarat supaya tindakan sewajarnya dapat diambil. Guru merancang dan merangka keperluan murid. Dalam erti kata lain, guru merancang aras pengajaran yang sesuai bagi sesuatu topik untuk memudahkan murid faham dan menguasai topik yang diajar. Sikap proaktif dan responsif memerlukan semangat yang tinggi dan tenaga yang mantap dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai guru. Ini membantu guru bersedia dan sentiasa berjaga-jaga dalam melaksanakan tugasan, meperbaiki kelemahan menjadikan kekuatan untuk berjaya.
Guru perlulah mesra semasa di dalam sekolah dan di luar sekolah. Di dalam sekolah, guru yang mesra dan senangi oleh guru-guru lain dapat membantu diri dalam menimba ilmu mengajar dan banyak lagi. Mesra bersama murid memudahkan mereka menerima ilmu yang diajar dan memberikan mereka semangat untuk berlumba-lumba mengikuti aktiviti yang dijalankan. Di luar seklah pula, guru perlulah mesra bersama orang sekeliling mereka untuk mewujudkan persekitaran yang mesra dan gembira pada diri dan juga masyarakat sekeliling.
Kerja yang dilaksanakan berkualiti oleh guru dapat memberikan kepuasan kepada murid-murid. Kerja yang berkualiti bermaksud menepati kehendak dan kriterira berdasarkan standard tertentu. Contohnya guru mengajar menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai dan mengajar kaedah yang mudah difahami oleh murid dapat meningkatkan kefahaman murid. Di sini, kualiti yang dinyatakan adalah dari usaha guru tersebut membina alat bantu mengajar dan cara mengajar yang praktikal membolehkan murid lebih memahami isi pelajaran yang diajar. Setelah murid-murid faham, barulah pengajaran dan pembelajaran menepati kualiti yang diingini.
No comments:
Post a Comment