Prihatin kebajikan anggota ialah guru mengambil berat kebajikan rakan sejawat, pentadbir, murid-murid dan yang berkaitan dengannya di dalam dan luar sekolah.
Perasaan empati ataupun murni perlu ada dalam diri seorang guru. Sekiranya, murid-murid ada masalah peribadi, guru hendaklak menyelidik dahulu dan mendengar masalah mereka. Tidak semestinya kita mampu menyelesaikan masalah mereka. Sebagai pendengar kepada masalah murid, murid membina kepercayaan terhadap guru dan dapat meluahkan masalah mereka kepada guru. Ini membantu mereka mengurangkan tekanan yang dihadapi. Guru kaunseling menggunakan kaedah murid meluahkan masalah dulu sebagai medium untuk membantu mereka meluahkan pelbagai masalah iaitu perasaan marah, sedih dan sebagainya. Menjadi pendengar yang baik semasa murid meluahkan perasaan sudah memadai sebagai permulaan membina rasa selesa untuk murid lebih rapat dengan guru. Cara ini menunjukkan empati guru terhadap kesusahan dan tekanan yang dihadapi mereka. Empati juga penting bukan sekadar untuk murid tetapi keseluruhan anggota sekolah di mana kita berkhidmat. Seandainya rakan atau murid menghadapi musibah, ambil berat kebajikan mereka. Melawat, bertanya khabar untuk mengetahui keadaan mereka membantu secara psikologi dalam diri mereka rasa dihargai dan diingati oleh guru atau rakan. Ini membuatkan mereka lebih bersemangat dan ingin kembali sihat atau pun segera melaksanakan tanggungjawab di sekolah.
Penghargaan penting dalam nilai kebajikan anggota. Penghargaan mampu membina semangat murid-murid untuk terus berusaha lebih lagi setelah dipuji oleh guru. Ini membuatkan mereka rasa dihargai oleh guru. Sebagai contoh, murid yang menyiapkan kerja sekolah dengan sempurna akan dipuji dalam buku latihan mereka dengan catatan ringkas guru selepas menanda buku. Perkataan ‘bagus’, ‘baik’ dan banyak lagi kata-kata positif diakhir hasil kerja murid yang digunakan oleh guru menunjukkan hasil kerja mereka dihargai oleh guru. Di padang pula, bagi murid yang boleh melepasi tahap-tahap kecergasan tertentu akan dipuji oleh guru. Ini turut membina semangat bagi murid yang tidak melepasi tahap itu berusaha lebih lagi, manakala murid yang telah melepasi akan berusaha untuk lebih baik. Perkataan terima kasih turut membantu murid berasa usaha atau apa yang dilakukan oleh mereka dihargai. Contohnya murid membantu menghantar buku kerja murid kepada guru dibilik guru. Ini membuatkan mereka gembira dan rasa dihargai atas usaha dan bantuan mereka.
Persekitaran yang selesa boleh memberi motivasi kepada guru dan murid-murid melakukan tugasan. Sebagai contoh, keselesaan didalam kelas untuk berinteraksi dengan murid dapat membuatkan perhubungan guru dan murid lebih mesra, rapat dan tidak janggal dalam membincangkan mengenai pembelajaran yang sedang atau telah diajar. Murid yang selesa dengan guru sekiranya tidak faham akan terus bertanya bagi mendapatkan kepastian. Sekiranya guru mengabaikan murid tersebut atau memperkecilkannya, ini mewujudkan persekitaran yang tidak selesa bagi mereka untuk belajar. Seterusnya menyebabkan murid tidak minat terhadap guru tersebut dan mata pelajaran yang diajar. Begitu juga antara guru dengan guru. Persekitaran yang selesa disekolah membantu mereka untuk berkongsi ilmu, pengalaman dalam mengajar dan saling membantu sekiranya terdapat permasalahan.
Kesimpulannya, guru hendaklah benar-benar mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah digariskan. Sebagai guru juga, kita cuba membentuk sahsiah yang baik di kalangan murid-murid kita. Oleh sebab itu, kita seharusnya memastikan diri kita mempunyai sahsiah yang baik terlebih dahulu sebelum cuba menerapkan nilai-nilai tersebut kepada murid-murid.
No comments:
Post a Comment