Pelajar Pasca Siswazah

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
(Dari Kanan) Abdul Kalamudinsah Abd Karim, Rusmiza Rusle, Noraini Mohd Sohaimi, Nurul Aziyan Abd Aziz

Tuesday, March 6, 2012

ISU 2 : Kem CYBERKIDS rapat jurang digital

Artikel 1 : Kem CYBERKIDS rapat jurang digital

UTUSAN MALAYSIA : 04 Julai 2011

MURID Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Moyog, Sabah bertuah kerana berpeluang mengikuti Kem Maxis Cyberkids yang memupuk pengenalan kepada eksplorasi Internet, penggunaan e-mel dan pelbagai perkhidmatan multimedia awam.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das berkata, dengan memberikan akses kepada Internet dan mendedahkan komuniti kepada peralatan Internet, kami menyumbang ke arah mengurangkan halangan kepada pendidikan, maklumat, kesihatan, perdagangan, dan perkhidmatan lain yang sepertinya.
Menurut beliau, Projek Kem Maxis Cyberkids bertujuan merapatkan jurang digital dengan menggunakan kuasa teknologi dan pendidikan kepada masyarakat luar bandar sejajar dengan pertumbuhan arus perdana dan pembangunan negara. "Hasrat kami adalah untuk membawa teknologi kepada golongan muda, terutama kepada mereka yang tidak mampu atau yang tinggal di kawasan yang tidak boleh diakses," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Pada kem selama dua hari itu, murid mengikuti latihan berkaitan pengenalan kepada Portal Maxis Cyberkids, yang kini boleh dilayari melalui peranti mudah alih. Portal ini menyediakan pelbagai aplikasi interaktif, yang memudahkan penulisan blog serta penyertaan di dalam forum atau memanipulasi kandungan yang padat, di samping menyediakan suatu sumber yang kaya dengan permainan dan pelbagai lagi bahan-bahan e-pembelajaran yang menarik.
Kem Maxis Cyberkids yang pertama telah diadakan pada tahun 2002, sebagai sebahagian dari usaha jangkau luar USP (Universal Service Provision) Kerajaan bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, untuk merapatkan jurang digital di kalangan 220 buah sekolah di Malaysia Timur. Hadir pada akhir sesi latihan ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

No comments:

Post a Comment