Pelajar Pasca Siswazah

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
(Dari Kanan) Abdul Kalamudinsah Abd Karim, Rusmiza Rusle, Noraini Mohd Sohaimi, Nurul Aziyan Abd Aziz

Tuesday, March 6, 2012

Kebimbangan Matematik




Dalam artikel ini memperkatakan Kebimbangan Matematik sebagai perasaan tekanan dan kebimbangan yang melibatkan permasalahan memanipulasi nombor dan penyelesaian masalah Matematik dalam pelbagai situasi kehidupan seharian dan situasi akademik. Kebimbangan Matematik boleh menyebabkan seseorang menjadi lupa dan hilang keyakinan diri (Tobias, 1978). Spielberger (pg9, 1966) menyatakan bahawa Sigmund Freud (1936) merupakan orang pertama yang menerangkan pengertian kebimbangan menurut konteks teori psikologi. Philip et al (1972) menyatakan pertama, kebimbangan diterjemahkan secara fisiologi, fenomena dan tindakan, sebagai contoh pelajar yang mengalami kesusahan dalam menyiapkan tugasan Matematik yang diberikan akan mengalami kegugupan dan menunjukkan tanda-tanda seperti getaran pada anggota badan dan tangan yang berpeluh. Kebimbangan keadaan (state anxiety) merupakan situasi dalam alam sekeliling dan merupakan keadaan yang tertekan serta mempunyai lokus kontemporari. Spielberger (1966) memetik Cattel dan Scheier (1961) telah mengenalpasti dua kebimbangan dikenali sebagai kebimbangan keadaan (state anxiety) dan kebimbangan trait (trait anxiety) dengan menggunakan faktor pembelajaran analitik. Berdasarkan Philip et al (1972), kebimbangan dicetuskan oleh tekanan fisiologi dan tekanan tersebut digambarkan dalam jangkaan pelucutan bagi kepuasan yang diharapkan.

No comments:

Post a Comment