Pelajar Pasca Siswazah

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
(Dari Kanan) Abdul Kalamudinsah Abd Karim, Rusmiza Rusle, Noraini Mohd Sohaimi, Nurul Aziyan Abd Aziz

Sunday, May 20, 2012

Penggunaan Internet dalam Pendidikan Matematik


Artikel: Penggunaan Internet dalam Pendidikan Matematik oleh Tengku Zawawi bin Tengku Zainal

Menurut Tengku Zawawi bin Tengku Zainal, penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran matematik mampu mengubah persekitaran belajar kepada suasana yang mempunyai nilai eksentrik yang positif dan menarik minat pengajar dan pelajar.
            Penggunaan komputer dapat memperbaiki kualiti pengajaran dan pembelajaran. Penggunaa spreadsheet, multimedia, persembahan dan sebagainya boleh merangsang semangat murid untuk belajar.
            Terdapat beberapa perkara penting yang perlu diketahui oleh guru. Pertama, internet hanya akan bertindak sebagai sumber dan alat bantu dalam pengajaran dan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran hendaklah dirancang dengan teliti oleh guru supaya internet dapat digunakan dengan berkesan. Kedua, komputer dan internet tidak mengubah peranan guru. Malah, guru akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang ICT. Ketiga, penggunaan komputer dan internet dapat mengurangkan beban tugas guru dan murid, di samping setiap kerja dapat dilakukan dengan kemas, teratur dan sistematik. Terakhir, internet amat bermanfaat kepada guru dan murid serta ibu bapa khususnya dalam menghadapi cabaran ICT dan era globalisasi.

No comments:

Post a Comment