Kemahiran menguruskan bilik darjah
sangat penting bagi memastikan suasana fizikal dan psikologi bilik darjah
sesuai bagi proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan lancar dan
berkesan. Guru yang baik mampu untuk menjadikan suasa kelasnya menarik dan
tidak membosankan.
Namun begitu,
kehebatan kurikulum yang dirancang oleh golongan cerdik pandai tidak akan
berkesan secara optimum sekiranya aspek keselesaan murid didalam kelas tidak
dapat diatasi. Bilangan murid yang ramai di dalam satu kelas seperti yang dapat
disaksikan pada hari ini menjejaskan pelaksanaan kurikulum yang telah
dirancangkan. Bilangan sehingga 41 orang murid di dalam satu kelas memang akan
menyesakkan bilik tersebut. Murid-murid akan merasa tidak selesa serta berada
dalam keadaan yang tertekan. Sudut-sudut yang sepatutnya boleh diwujudkan di
dalam kelas serta amat berguna bagi membantu pembelajaran murid-murid tidak
akan dapat diadakan. Kelas yang sempit, murid yang ramai bermakna, atmosfera
pembelajaran tidak akan menjadi baik. Faktor asas seperti ini haruslah diambil
kira dan diatasi secepat mungkin.
Banyak
model-model bilik darjah yang sesuai, menarik serta kondusif untuk pembelajaran
aktif menetapkan bilangan murid maksimum hanya 25 orang sahaja. Susun atur yang dicadangkan memang sesuai
untuk kurikulum kita yang baru dilaksanakan ini. Agak mendukacitakan sekiranya
kita gagal untuk menzahirkan hasrat kurikulum yang hebat ini atas sebab sebab
infrastruktur yang tidak sesuai. Tidak dinafikan bahawa untuk merealisasikan
satu kelas 15 hingga 25 orang murid agak sukar dan memerlukan kos yang tinggi.
Namun begitu, inilah harga yang perlu dibayar jika kita inginkan perubahan.
No comments:
Post a Comment