Pelajar Pasca Siswazah

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
(Dari Kanan) Abdul Kalamudinsah Abd Karim, Rusmiza Rusle, Noraini Mohd Sohaimi, Nurul Aziyan Abd Aziz

Sunday, May 20, 2012

Ethnomatematik



Terdapat satu pandangan umum oleh guru-guru dan masyarakat bahawa matemaik adalah usaha kebudayaan. Namun begitu, dalam bilik darjah pula, matematik seolah-olah terpisah daripada budaya. Dalam sesebuah kelas, mungkin wujud pelbagai kaum dan budaya. Maka, komunikasi adalah sangat penting supaya sedikit demi sedikit, etnomatematik dapat diteraplan.
            Ahli etnomatematik menngatakan bahawa ‘lebih daripada satu matematik’ untuk menggambarkan pelbagai jawapan yang diberikan daripada pelbagai budaya.  Terdapat mungkin lebih daripada satu cara untuk menjelaskan, memberi pemahaman dan menghadapi dengan realiti dalam pengajaran matematik.
            Sebagai guru, mereka perlu melihat bilik darjah sebagai sesuatu yang pelbagai akibat wujud pelbagai budaya tadi dan tugas mereka ialah memberi penumpuan kepada keseluruhan kelas, bukannya pada budaya tertentu sahaja. Ini dapat meningkatkan kepentingan kumpulan minoriti.
            Bukan itu sahaja, guru-guru yang masih dalam latihan perguruan, mereka juga perlu didedahkan dengan etnomatematik untuk memenuhi kepelbagaian latar belakang dan strategi pembelajaran.

No comments:

Post a Comment