Pelaksanaan menggunakan
Bahasa Malaysia untuk pengajaran matematik bukan sukar seperti yang diperbesarkan
oleh sesetengah pihak. Ini adalah kerana:
1.
Peperiksaan
Matematik dibuat dalam dwibahasa diperingkat peperiksaan UPSR, PMR dan SPM
walaupun dasar PPSMI dijalankan. Mengikut kajian, sebahagian besar pelajar UPSR
tahun 2008 Sekolah Kebangsaan telah memilih untuk menjawabnya dengan merujuk terjemahan
dalam Bahasa Malaysia.
2.
Penyediaan
semula buku teks dalam Bahasa Malaysia. Hanya dengan mengadaptasi saja buku
teks dalam Bahasa Inggeris ke dalam Bahasa Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka
boleh menjalankan ini dengan bantuan para pendidik dan guru pakar.
3.
Program
dan modul perisian dan komputer yang sedia ada dalam Bahasa Inggeris tidak
perlu diganti atau ditukar ke dalam Bahasa Malaysia. Dalam keadaan sekarang, alat-alat
ini kurang digunakan dikebanyakkan sekolah. Tetapi bahan yang sediaada itu
boleh terus digunakan sebagai rujukan tambahan.
4.
Semua
guru Matematik sudah terlatih dan cekap untuk mengajar dua mata pelajaran ini
dalam Bahasa Malaysia (dari peringkat sekolah rendah dan menengah), kerana
mereka telah pun mengajarnya dalam Bahasa Malaysia sebelum ini dan guru tidak
perlu dilatih semula dalam Bahasa Malaysia.
Rasanya tiada penambahan kos yang
besar untuk kembali menggunakan Bahasa Malaysia bagi pengajaran Matematik di
sekolah. Kos yang terlibat hanya dalam penyediaan buku teks dan buku kerja
matematik dalam Bahasa Malaysia.
Penggunaan Bahasa Melayu
semasa pengajaran Matematik sebelum tahun 2003 telah menghasilkan pembelajaran
yang berkesan, pengetahuan dan pencapaian yang baik bertaraf antarabangsa bagi
kebanyakan pelajar kita, seperti yang terbukti dalam Kajian TIMSS 1999 dan
2003. Pengetahuan yang kukuh dalam matematik (sebelum terlaksana PPSMI) telah
membolehkan pelajar kita menyambung pelajaran tinggi mereka dengan mudah di luar
negara. Asas yang kukuh dalam matematik diperingkat sekolah rendah dan menengah
amat penting untuk membolehkan mereka meneruskan pelajaran keperingkat lebih tinggi.
Menjadi satu kesalahan apabila kita menganggap kecekapan dalam berbahasa
Inggeris itu menjadi prasyarat untuk membolehkan pelajar meneruskan
pelajarannya keperingkat lebih tinggi. Sebenarnya, pengetahuan yang kukuh dalam
matematik menjadi prasyarat untuk pengajian dalam pelbagai bidang dan bukannya
kerana Bahasa Inggeris semata-mata.
Sebelum dasar PPSMI
diperkenalkan, asas pengetahuan matematik pelajar kita kukuh, dan kebanyakkan
pelajar kita dengan mudah dapat menambahkan lagi kecekapan mereka dalam Bahasa
Inggeris atau belajar bahasa asing bagi meneruskan pelajaran. Mengikut kajian,
peningkatan prestasi Bahasa Inggeris akibat dari dasar PPSMI pelajar Tahun 5
dan Tingkatan 2 (2008) adalah pada tahap minimum. Dengan kata lain, sepanjang
pelaksanaan dasar PPSMI sejak enam tahun lalu telah gagal meningkatkan prestasi
Bahasa Inggeris pelajar kita. Berikut adalah antara program pemulihan matematik
yang sedang dijalankan oleh kerajaan Malaysia kesan dari laporan TIMSS 2007.
1.
Program
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI)
diperkenalkan bagi menggantikan program PPSMI. Pengajaran dan pembelajaran
matematik di sekolah adalah dalam Bahasa Malaysia di SK atau bahasa ibunda di
SJKC dan SJKT dan bukan lagi dalam Bahasa Inggeris.
2.
Penambahbaikan
dalam kurikulum dimana Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum
Standard Sekolah Menengah (KSSM) diperkenalkan untuk menggantikan KBSR dan
KBSM. Ianya meliputi kaedah pengukuhan dan penguasaan asas kemahiran berbahasa
melalui pendekatan modular bersepadu, seimbang dan holistik menerusi modul P
& P.
3.
Menggalakkan
guru matematik mengikuti kursus peningkatan profesionalisme dan mendedahkan
mereka kepada perkembangan terbaru dalam bahasa serta pedagogi.
4.
Kementerian
menyediakan mekanisme soft landing pengajaran
dan pembelajaran Sains dan Matematik diajar dalam Bahasa Malaysia yang mana
kedua-dua mata pelajaran itu diajar dalam dwibahasa mulai tahun 2010 di sekolah
rendah dan menengah.
No comments:
Post a Comment