Pelajar Pasca Siswazah

My photo
Tanjong Malim, Perak, Malaysia
(Dari Kanan) Abdul Kalamudinsah Abd Karim, Rusmiza Rusle, Noraini Mohd Sohaimi, Nurul Aziyan Abd Aziz
Showing posts with label Pentaksiran. Show all posts
Showing posts with label Pentaksiran. Show all posts

Wednesday, May 9, 2012

Elemen Merentas kurikulum

Elemen merentas kurikulum yang di gariskan selaras dengan kandungan kurikulum KSSR ini merupakan satu  nilai tambah bagi mengukuhkan pembelajaran murid-murid. Terdapat tiga elemen merentas kurikulum yang telah digariskan. Elemen-elemen tersebut ialah elemen keusahawanan, kreativiti dan juga teknologi maklumat dan komunikasi.
            Elemen keusahawanan menekankan tentang pemupukan budaya keusahawanan secara merentas kurikulum adalah untuk mewujudkan satu kurikulum yang relevan serta seiring dengan kehendak serta keperluan semasa dan juga bagi bersedia menghadapi cabaran masa depan. Ia juga dapat membentuk generasi yang mempunyai wawasan dan  mempunyai asas yang kukuh dari segi pengetahuan, kemahiran berfikir, berkomunikasi, kreatif, inovatif, positif serta mempunyai nilai moral dan etika yang baik dalam konteks keusahawanan.
            Kreativiti merujuk kepada kemahiran mencipta sesuatu yang baru atau asli serta mampu untuk membuat inovasi. Guru-guru disarankan untuk mengaplikasikan Model Proses Kreatif Terarah dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membangunkan sifat kreativiti di kalangan murid-murid. Ada empat fasa atau langkah yang perlu diikuti bagi membentuk proses pengajaran dalam elemen ini iaitu fasa persediaan, fasa imaginasi, fasa perkembangan dan juga fasa tindakan.
            Elemen teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) sangat berkait rapat dengan kehidupan murid pada zaman ini. Maka pemupukan elemen ini dapat mengelakkan murid-murid dari ketinggalan dalam arus kemodenan dunia. Matlamat TMK merentas kurikulum adalah bagi memastikan murid dapat mengaplikasikan, mengukuhkan pengetahuan dan kemahiran asas  TMK yang dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik serta menyeronokkan dan juga menjana pemikiran yang kritis dan kreatif, berinovasi dan juga dapat meningkatkan kualiti pembelajaran. Namun begitu, terdapat kekangan yang menjadi halangan daripada guru-guru dapat menggunakan peralatan-peralatan ICT di sekolah. Kebanyakan sekolah mempunyai perlatan-peralatan yang lama dan lapuk. Oleh itu, pihak berwajib perlulah memastikan peralatan-peralatan tersebut dapat ditukar sepenuhnya bagi mengoptimumkan pencapaian yang diharapkan.

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah

Pendidikan di Malaysia semakin berkembang dan seiring dengan kemajuan dunia selaras dengan penggunaan kurikulum yang di tambah baik iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR ). KSSR merupakan satu kurikulum yang di ambil daripada KBSR tetapi telah menjalani penambahbaikan serta kajian yang menyeluruh. Proses kearah penggubalan kurikulum pada hari ini memakan masa yang panjang bermula dari zaman selepas merdeka lagi. Pemimpin-pemimpin sentiasa berusaha agar pendidikan di Malaysia berdaya saing di peringkat antarabangsa.
            Walaupun pelaksanaan KSSR masih baru, guru-guru haruslah berusaha dengan lebih gigih agar segala yang dihasratkan dapat direalisasikan. Peneguhan dalam pembasmian buta huruf masih lagi menjadi agenda utama kerajaan. Kemahiran 3M iaitu membaca, menulis serta mengira diteruskan lagi dalam KSSR dan ditambah lagi dengan satu lagi M iaitu menaakul. Perkembangan kurikulum di negara ini dapat dilihat semakin pesat mengalami perubahan, bermula dengan pembelajaran secara ikut-ikutan atau tradisional sehinggalah pembelajaran bercorak aktif serta setanding dengan negara-negara maju yang lain. Pembelajaran aktif dan menyeronokkan ini tidak lagi berorientasikan peperiksaan. Oleh itu, para pelajar tidak lagi merasa terbeban. Guru-guru juga bebas untuk menguji serta menganalisa pencapaian murid-muridnya.
            Pentaksiran berasaskan sekolah ini memberi kebebasan kepada guru-guru serta sekolah untuk memilih kandungan ujian yang dilihat menghapuskan sistem peperiksaan sedikit demi sedikit. Murid-murid juga bebas untuk memberikan pendapat masing-masing dan mereka juga sentiasa digalakkan untuk mengambil peranan yang aktif dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.