Salam Sejahtera... Blog ini dibina untuk memenuhi tugasan kursus ISU KONTEMPORARI DALAM PENDIDIKAN MATEMATIK dan akan diselia oleh Prof. Dr. Marzita Puteh pada akhir semester ini. Kami berharap semua informasi dari blog ini dapat dikongsikan bersama rakan-rakan untuk menambahkan ilmu pengetahuan serta bertukar-tukar pandangan tentang artikel yang dipaparkan dalam blog ini. Terima kasih kerana sudi melawat...
Pelajar Pasca Siswazah
- Sarjana Pendidikan Matematik (SR)
- Tanjong Malim, Perak, Malaysia
- (Dari Kanan) Abdul Kalamudinsah Abd Karim, Rusmiza Rusle, Noraini Mohd Sohaimi, Nurul Aziyan Abd Aziz
Showing posts with label JURANG Pencapaian. Show all posts
Showing posts with label JURANG Pencapaian. Show all posts
Monday, May 28, 2012
Tuesday, May 22, 2012
Friday, May 18, 2012
Thursday, March 8, 2012
Tuesday, March 6, 2012
ISU 2 : Kem CYBERKIDS rapat jurang digital
Artikel 1 : Kem CYBERKIDS rapat jurang digital
UTUSAN MALAYSIA : 04 Julai 2011
UTUSAN MALAYSIA : 04 Julai 2011
MURID Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Moyog, Sabah bertuah kerana berpeluang mengikuti Kem Maxis Cyberkids yang memupuk pengenalan kepada eksplorasi Internet, penggunaan e-mel dan pelbagai perkhidmatan multimedia awam.
Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das berkata, dengan memberikan akses kepada Internet dan mendedahkan komuniti kepada peralatan Internet, kami menyumbang ke arah mengurangkan halangan kepada pendidikan, maklumat, kesihatan, perdagangan, dan perkhidmatan lain yang sepertinya.
Menurut beliau, Projek Kem Maxis Cyberkids bertujuan merapatkan jurang digital dengan menggunakan kuasa teknologi dan pendidikan kepada masyarakat luar bandar sejajar dengan pertumbuhan arus perdana dan pembangunan negara. "Hasrat kami adalah untuk membawa teknologi kepada golongan muda, terutama kepada mereka yang tidak mampu atau yang tinggal di kawasan yang tidak boleh diakses," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Pada kem selama dua hari itu, murid mengikuti latihan berkaitan pengenalan kepada Portal Maxis Cyberkids, yang kini boleh dilayari melalui peranti mudah alih. Portal ini menyediakan pelbagai aplikasi interaktif, yang memudahkan penulisan blog serta penyertaan di dalam forum atau memanipulasi kandungan yang padat, di samping menyediakan suatu sumber yang kaya dengan permainan dan pelbagai lagi bahan-bahan e-pembelajaran yang menarik.
Kem Maxis Cyberkids yang pertama telah diadakan pada tahun 2002, sebagai sebahagian dari usaha jangkau luar USP (Universal Service Provision) Kerajaan bersama Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, untuk merapatkan jurang digital di kalangan 220 buah sekolah di Malaysia Timur. Hadir pada akhir sesi latihan ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Subscribe to:
Posts (Atom)